Hanya bergurau, jurugambar tolak pengantin jatuh parit janji bayar ganti rugi baju rosak

Hanya bergurau, jurugambar tolak pengantin jatuh parit janji bayar ganti rugi baju rosak

Seorang jurugambar tolak pengantin berbaju songket ke dalam parit baru-baru ini mengatakan akan bertanggungjawab sepenuhnya atas tindakannya yang mengundang kecaman ramai.

Perkara itu dinyatakan menerusi sebuah video dimuat naik di platform TikTok @shaffat.asa01, semalam.

Jurugambar tolak pengantin jatuh parit

Tegasnya, dia tidak pernah lari daripada kesilapan yang telah dilakukan selain akui punca tercetusnya kekecohan terutama melibatkan pihak penyewa busana yang dikenali sebagai Tepak Sireh Bridal

“Saya ada dan tak lari pun. Dah tahu benda ni viral dan ia salah saya.
“Saya dah ‘chat’ bridal tersebut dan insya-Allah kita akan jumpa dan berbincang,” katanya.

Selain menerima kecaman, dia mendedahkan turut menerima ugutan bunuh serta pukul dari orang luar yang disifatkan tidak mempunyai kaitan dengan mereka.

“Yang paling tak faham kenapa orang luar nak masuk campur, sampai ada yang ugut bunuh, nak pukul dan sebagainya. Apa motif?
“Itu adalah kes antara saya, bridal serta pengantin. Pandailah saya tebus kesalahan dengan ganti rugi atau sebagainya. Itu urusan saya dengan tiga pihak saya akan bertanggungjawab dan tak lari,” ujarnya lagi.

Dia juga memberitahu gurauan menolak pengantin ke dalam air itu bukanlah dalam perancangan sekali gus tidak menyangka perkara itu menjadi lebih serius.

Artikel lain: Jurufoto tolak pengantin jatuh parit, pihak bridal sedih kenangkan baju sewa

Sebelum ini, tular satu video pendek memaparkan seorang jurugambar menolak pengantin lelaki yang juga kawan rapatnya ke dalam parit sewaktu sesi bergambar.

Majoriti warga maya berang dengan tindakan sedemikian dan turut mendesak jurugambar lelaki itu bertanggungjawab kerana difahamkan aksesori dan baju pengantin tidak boleh terkena air sama sekali.

Sementara itu, jurugambar terbabit yang dikenali sebagai Shaffat memaklumkan, dia mengambil iktibar dan pengajaran daripada insiden berkenaan dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Sumber: TikTok shaffat.as01

Scroll to Top