Hantaran RM400k? Tular majlis kahwin mewah di Sabah buat ramai terpegun

Hantaran RM400k? Tular majlis kahwin mewah di Sabah buat ramai terpegun

Tular video di aplikasi TikTok dan media sosial lain mengenai majlis perkahwinan mewah seorang wanita dengan menerima wang hantaran didakwa sebanyak RM400,000.

Difahamkan, pasangan mempelai dikenali sebagai Madam Ila dan Fau Zie adalah daripada suku kaum Suluk yang melangsungkan hari bersejarah mereka dipercayai di Sandakan, Sabah baru-baru ini.

@penglipur69

MAJLIS PERKAHWINAN SUKU SULUK SABAH #VIRAL

♬ DJ Kuberlayar Di Lautan Tidak Bertepian – MASTER RMX

Bukan hanya satu majlis usahawan tudung borong itu mengadakan beberapa sesi acara seperti pertunangan, malam berinai, pernikahan dan resepsi dengan menggayakan pelbagai persalinan rekaan eksklusif.

Jika dilihat dengan mata kasar, semua kos perbelanjaan boleh mencecah jutaan ringgit sekali gus menarik perhatian warganet lebih-lebih lagi ketika majlis resepsi seperti bertemakan ‘magical’ pada 27 Mei lalu.

Meskipun memakai hijab, ia bukan penghalang buat pengantin perempuan tampil dengan busana elegan bunga-bungaan berwarna ‘baby blue’ dihiasi ropol pada bahagian bawah pati memukau mata tetamu yang hadir.

Meninjau ke ruangan komen, video TikTok itu mendapat lebih setengah juta tontonan 1,510 komen netizen yang sudah semestinya tergamam apabila melihat majlis perkahwinan mewah tersebut. Artis pun kalah!

Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen berkata pemilik video hanya ‘sembang’ kerana tidak mungkin wang hantaran atau kos perbelanjaan pelamin menelan jumlah seperti itu.

Namun begitu, tiada kesahihan mengenai jumlah wang hantaran dan kos keseluruhan berhubung majlis berkenaan yang menjadi buah mulut ramai ketika ini.

Harap pihak pengantin dapat la tampil memberi penjelasan secara terperinci. Takde la netizen buat macam-macam speklulasi kan!

Sumber: TikTok @penglipur69 , Facebook Ahmad Jimmy , Madam Ila & Fau Zie

Scroll to Top