“Saya tak ada masalah kalau diberikan watak penyondol sebab saya mahu mencabar diri saya”.
Demikian respons yang diberikan pelakon dan penyanyi, Hannah Delisha ketika ditanya sama ada dia memilih naskhah untuk berlakon membawakan watak penyondol atau sebaliknya.
Kata Hannah ketika ditemui XTRA, dia tidak mempunyai masalah untuk membawakan watak tersebut sekiranya naskhah yang diberikan mempunyai jalan cerita menarik serta barisan pelakon baharu yang tidak ada pengalaman berlakon bersama.
Malah, dia berpendapat bahawa pelakon yang berhijab tidak semestinya hanya membawakan watak baik dek kerana penampilan mereka.
“Pandangan saya kalau storyline menarik dan cast nya juga interesting yang saya belum pernah ada pengalaman berlakon bersama, saya akan ambil tawaran itu.
“Tapi bab watak penyondol ni, it’s beyond my control dan it’s up to stesen televisyen dan netizen suka dan boleh jual.
“Lagipun sebelum ini saya pernah bawa watak sedemikian tapi masa tu saya belum berhijab.
“Saya memang tak ada masalah. sebab it the end of the day ini kan kita berlakon dan saya tak ada masalah kalau diberikan watak penyondol sebab saya mahu mencabar diri saya memandangkan kita hanya akan bawa watak villain tu sekali sahaja.
“Tak semestinya kita yang dah berhijab ni kena bawa watak baik je,” katanya.
Mengulas lanjut, pemilik nama sebenar, Hannah Adlina Blackburne Birch, 28, berkongsi bahawa suaminya, Iman Shah juga memahami kariernya untuk membawakan watak sebagai seorang madu atau penyondol.
“Dia okay, sebab bagi saya watak menjadi madu atau penyondol ini something different, dan dia juga seorang pelakon jadi dia totally understand dan ini adalah hanya lakonan semata-mata,” jelasnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Hannah Delisha Titip Pesan, Pencinta Kucing Perlu Komited – “Jaga Makhluk Allah Ni, Kena Jaga Macam Anak Sendiri”
ARTIKEL BERKAITAN:“Kalau Rezeki Dapat Anak Selepas Umur 30 Tahun Pun Saya Terima” – Hannah Delisha
ARTIKEL BERKAITAN:Terus Pukau Hati Orang Ramai, Hannah Delisha Jadi Wajah Pelaris
ARTIKEL BERKAITAN:Bangkit Semula Selepas Alami Keguguran, Hannah Delisha Muncul Dengan ‘Akan Tiba’
ARTIKEL BERKAITAN:Ghairah Pilih Pelakon, Erma Fatima Puji Lakonan Aedy Ashraf & Hannah Delisha – “Ini Lah Pelapis Yang Bukan Harap Muka Tapi Bod*h”