Cahaya mata merupakan anugerah yang sangat tidak tenilai buat pasangan suami isteri. Jadi, kehadiran mereka sudah tentu dinantikan walaupun terpaksa melalui pelbagai ujian dalam tempoh kehamilan.
Namun, siapa sangka ketika tarikh untuk menimang zuriat sudah semakin hampir, bayi di dalam kandungan tidak menunjukkan perkembangan yang baik.
Lebih menyedihkan apabila janin tidak lagi bergerak dan disahkan sudah meninggal dunia. Hal ini dilalui oleh seorang pengguna aplikasi TikTok dikenali sebagai @ciklinnnn apabila terpaksa melalui detik sukar ini ketika usia kandungan sudah memasuki 8 bulan.
@ciklinnnnAllah syg kmu syg , allah bagi maa dan papa merasakan saat2 indah ini syg 😊 terima kasih allah syg kamu , takdak rezeki . ##fyp anaksyurga tngu maa ya♬ Takut Kehilanganmu – Denis Chairis
Dia memaklumkan bahawa walaupun bayinya sudah meninggal dunia, urusan mengeluarkan janin terpaksa dilakukan beberapa hari selepas itu dan ini bermaksud dia tetap perlu membawa bayinya yang telah meninggal di dalam rahim.
@ciklinnnn Rindu awk tedng prut maa , 17/3 hari ahad ni baru awak bleh klur dri prut mana walaupon bby dh takda tapi msih ada dlm perut mama mnggal dlm prut #fyp
Di video terakhir yang dimuat naik ke aplikasi TikTok, @ciklinnnn mengakui redha dengan apa yang berlaku dan bersyukur kerana pernah ada zuriat yang tinggal di dalam rahim perempuannya walaupun seketika.
@ciklinnnn Esok msuk hospital ,tuk keluarkan bBy, terima kasih krana sudi singgah dlm perut mama,mama bawak perut wlaupon awk xbrnyawa 17/3/ -21/3#fyp #fypシ
Perkongsian tersebut membuatkan warganet berasa hiba dengan apa yang berlaku terhadap pasangan suami isteri itu.
Masing-masing berharap agar mereka sabar dengan ujian yang diberikan Allah S.W.T dan mendoakan agar pasangan berkenaan segera peroleh cahaya mata lagi pada masa akan datang.
Sumber: ciklinnnn