Baitulmaqdis: Tiga lelaki Israel, yang ditahan di Semenanjung Gaza selama 16 bulan, akan dibebaskan oleh pejuang Hamas pada Sabtu sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata.
Sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada 19 Januari, seramai 13 tebusan Israel atau dwi-negara sudah dibebaskan, bersama-sama dengan lima tebusan warga Thailand dibebaskan di luar perjanjian untuk peringkat pertama.
Sebanyak 33 tebusan, lapan daripadanya menurut Israel sudah meninggal dunia, akan dibebaskan semasa fasa 42 hari pertama perjanjian itu sebagai pertukaran untuk kira-kira 1,900 rakyat Palestin yang ditahan oleh Israel.
Nasib baki kanak-kanak yang ditahan di Gaza, Kfir Bibas dan abangnya Ariel, serta ibu mereka Shiri masih tidak diketahui.
Mereka yang akan dibebaskan adalah Eli Sharabi, Ohad Ben Ami dan Or Levy.
© New Straits Times Press (M) Bhd