Penyanyi Hafiz Suip berkongsikan dia kini sudah menetap di Kuching, Sarawak kerana mahu menjaga kedua ibu bapanya.
Memetik mStar Online, Hafiz berkata ibunya, Halizawati Salleh berusia 60 tahun kini berdepan masalah kesihatan dan sedang dirawat di sebuah pusat perubatan di Kuching.
“Kalau ikutkan sekarang ibu saya sedang berada di wad hospital kerana mengalami masalah paru-patu berair yang beri kesan pada jantung.
“Tentang kondisi ibu saya, doktor beritahu tiga daripada empat injap jantung dia sudah kurang berfungsi. Tambah pula sekarang ibu ada kencing manis, jadi itulah yang buatkan saya menetap di Kuching,” katanya.
Sementara itu, Hafiz yang hadir di Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-39 semaam berkata pada awalnya dia berat hati untuk ke Kuala Lumpur, namun ibunya memberikan dorongan.
“Ibu saya doakan yang terbaik untuk penglibatan saya dalam SFMM39 ini. Jadi ibu saya juga yang beri dorongan untuk meneruskan persembahan,” katanya.
SUMBER: mStar Online