Jika anda mengikuti media sosial pasangan selebriti, Awal Ashaari dan Scha Alyahya pasti ramai mengetahui mereka kini sedang berada di luar negara bagi memeriahkan Minggu Fesyen Milan (MFW) 2022.
Nama pun mengikuti acara pertunjukan fesyen terkemuka semestinya ramai artis antarabangsa dan terkenal juga turut-serta memeriahkan majlis seperti anggota kumpulan K-Pop Got7, Yugyeom, Luna Maya, Khaby Lame, Dr Naomi Campbell, J Balvin dan ramai lagi.
Pun begitu, hantaran dikongsikan oleh aktor berusia 41 tahun, dilihat Awal menunjukkan sebuah kerusi yang bakal diduduki oleh pelakon kegilaan ramai wanita di luar sana iaitu Lee Min Ho sebelum munculnya kehadiran pemegang watak Go Jun Pyo dalam k-drama berjudul Boys Over Flower itu.
Malah, turut kelihatan Scha Alyahya menyapa dan berborak dengan Lee Min Ho,35, sehingga menarik perhatian ramai.
Selain Lee Min Ho, turut kelihatan Khaby Lame sedang memperagakan jenama Onitsuka Tiger di pentas peragaan selain tempat duduk bahagian kiri dan kanan pasangan selebriti itu diduduki oleh bintang antarabangsa lain.
Rata-rata rakan artis dan pengikut meluahkan keterujaan dan cemburu apabila pasangan selebriti itu berpeluang berjumpa, berborak dan bergambar dengan Lee Min Ho.
Selain itu, ada juga warganet menyatakan ketampanan yang dimiliki oleh Lee Min Ho dan Awal Ashaari adalah tidak jauh beza.
Sumber: Instagram @awalashaari