Haaland pacu kemenangan City

Haaland pacu kemenangan City

MANCHESTER: Dua gol Erling Haaland membantu Manchester City mengekalkan rekod bersih dalam permulaan sempurna anak-anak buah Pep Guardiola musim ini.

Dalam aksi keempat Liga Perdana Inggeris (EPL) sebentar tadi, City Berjaya menumpaskan Brenford 2-1 di laman sendiri untuk mengutip 12 mata maksimum dalam empat perlawanan.

Terdahulu, Brentford memulakan permainan dengan sempurna apabila Yoane Wissa membuka jaringan hanya 22 saat selepas sepak mula sekali gus mengejutkan ribuan penyokong tuan rumah.

Bagaimanapun, Haaland tidak menunggu laman untuk mempamerkan ketajamannya apabila meledak gol penyamaan pada minit ke-19 biarpun berada di sudut sukar untuk menghasilkan gol.

Haaland kemudian menjadikan kedudukan 2-1 selepas berjaya menewaskan pertahanan, Ethan Pinnock dan merembat bola melepasi penjaga gol, Mark Flekken untuk gol kesembilannya musim ini.

Brentford beberapa kali hamper dibolosi selepas itu, namun kecekapan Flekken berjaya menafikan City untuk kenduri gol di laman sendiri.- AGENSI