Seorang guru OKU dipuji kerana bersungguh-sungguh menghias kelas tahun satu agar murid-muridnya semangat untuk belajar.
Perkara berkenaan dikongsikan oleh seorang guru yang cukup dedikasi dikenali sebagai Cikgu Firdaus menerusi TikTok miliknya.
Guru OKU dipuji, hias kelas nampak kemas dan cantik
Menerusi video yang dimuat naik, dia telah memperlihatkan suasana kelas tahun satu yang telah dikemas dan dihias dengan cantik bersempena kemasukan murid-murid pada awal sesi persekolahan tempoh hari.
Dia yang merupakan guru kelas menyatakan akan menghias kelas berkenaan dengan lebih cantik pada masa akan datang dan apa yang dilakukan merupakan fasa pertama sahaja.
Guru OKU dipuji, hias kelas supaya murid2 semangat belajar
Susulan daripada itu, Cikgu Firdaus berharap agar murid-muridnya akan lebih lebih bersemangat untuk menjalani sesi pembelajaran.
Artikel lain: Untungnya! Habis peperiksaan SPM, guru bawa anak-anak murid pergi bercuti bersama
Bertuah murid-murid dapat guru macam ni
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata memuji tindakan yang dilakukan oleh guru berkenaan.
Mereka juga mengatakan Cikgu Firdaus mempunyai semangat yang cukup positif dan mengucapkan tahniah kerana memberikan yang terbaik buat anak bangsa lebih-lebih lagi generasi muda yang baru memulakan sesi persekolahan.
Terbaiklah cikgu!
Suka dengan semangat positif cikgu
Semoga usaha yang dilakukan menjadikan murid-murid Cikgu Firdaus terus tekun belajar serta seronok hadir ke sekolah.
Sumber: TikTok firdaus.ebataj