Guru al-Quran maut kemalangan, saksi kongsi mayat mangsa bersih tanpa darah

Guru al-Quran maut kemalangan, saksi kongsi mayat mangsa bersih tanpa darah

Kakak kepada mangsa yang maut kemalangan dalam sebuah nafas selepas pulang mengajar mengaji mendedahkan mayat adiknya itu ditemui dalam keadaan bersih tanpa darah oleh saksi.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Hajar Abdullah di laman Facebooknya, dia tidak menyangka Muaz Abdullah kembali ke rahmatullah pada 19 November lalu sekitar jam 9.30 malam.

Menceritakan kembali kejadian menyayat hati itu, Hajar berkata saksi kemalangan memberitahu mayat Muaz hanya alami cedera di bahagian dagu walaupun insiden itu terima hentaman yang kuat.

“We just celebrated his 25th birthday 2 days ago and last night around 9.30 pm, he’s not here anymore.
“Kata runner yang angkat body my youngest brother to my dad, “Bersih mayat dia, bang. Takde darah pun.” Kecuali di dagu sikit je. Tu pun nampak seolah cedera ringan.
“Tak sangka adik bongsu dah takde malam tadi. Accident lepas dia balik ajar orang mengaji di Masjid. Meninggal di tempat kejadian, lokasi yang sangat kerap berlaku kemalangan.
“Kata orang-orang yang sempat menyaksikan dia seperti sedang tidur, kematiannya mudah. Cepat saja dia pergi dan pertama kali tengok accident tak berdarah walaupun hentaman dengar kuat.” katanya.

Mayat bersih tanpa darah

Mayat bersih tanpa darah

Tambah Hajar lagi, dia mendapat tahu berita mengenai kemalangan yang menimpa adiknya itu melalui media sosial yang dikongsikan oleh orang awam.

Arwah Muaz dikatakan sempat mengislamkan pelajar tahfiz dan rutin kehidupan hariannya hanya dipenuhi dengan mengajar al-Quran kepada anak muridnya.

“Dapat tahu adik accident pun daripada orang-orang yang update di Facebook group Batu Pahat. The news spread so fast.
“Semalam pun, kata adik ke-2, dia baru lepas syahadahkan pelajar Tahfiz. The whole day, his life was full with teaching Quran to others,” ujarnya.

Dalam pada itu, Muaz telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam dan Hajar berharap arwah adiknya ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

I dapat tengok his face di Jabatan Forensik, Hospital Batu Pahat. Just like what the runner said, “Bersih.”
While in my mind, “Adik, moga syurga buat-mu. Pengakhiran kau baik dik. Maka, tenanglah kau di alam sana. Insya Allah, kita bertemu lagi. I’m here, I don’t even know what is my ending”,” katanya.

Sumber: Facebook @Hajar Abdullah

Scroll to Top