Penyanyi, Black Hanifah menjelaskan villa miliknya yang kini beroperasi di Langkawi itu adalah hasil titik peluhnya.
Kata Black ketika ditemui XTRA, tiada sebarang pinjaman bank dibuat untuk membangunkan Rindu D’ Villa dan Dayyan D’Villa melainkan ia adalah hasil simpanan wang peribadi termasukah menjual kediamannya seperti yang tular sebelum ini.
Menurut Black, dia tidak mempunyai sebarang hutang ketika membangun vila miliknya kerana ia dibayar secara tunai.
“Villa dan perniagaan ini adalah hasil simpanan saya termasuklah menjual rumah saya sebelum ini.
“Dan, saya juga tidak ada hutang atau pinjaman dengan mana-mana bank kerana semuanya dibayar secara tunai,” ulasnya.
Black berkongsi menegnai perkara itu ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Nova Music, 17 Eleven Music dan Future Music di Glam Hall, Damansara Perdana pada Jumaat.
Seperti sebelum ini, Black juga percaya menabung dan menyimpan boleh menjamin kesenangan.
Justeru dia enggan mengambil pusing terhadap tuduhan netizen di luar sana mengenai perniagaan yang dijalankannya.
“Saya tidak mahu komen apa-apa doakan yang terbaik.
“Saya yakin kalau rajin menabung atau menyimpan itu adalah kunci untuk berjaya dan saya sudah buktikan,” jelasnya.
Terdahulu, pelantun lagu Teman Pengganti ini pernah terpalit dengan dakwaan yang menyatakan dirinya membeli sebuah kapal mewah untuk mencuci duit atau menggunakan wang haram.
ARTIKEL BERKAITAN:“Kalau Betul Duit Haram, Mesti Saya Dah Duduk Lokap!” – Black Hanifah Perjelas Status Miliki Kapal Mewah & Villa Di Langkawi
ARTIKEL BERKAITAN:Black Hanifah Akhirnya Perjelas Isu Beli Kapal Mewah Guna Wang Haram – “Banyak Benda Yang Saya Belajar”
ARTIKEL BERKAITAN:Dituduh Beli Kapal Mewah Guna Wang Haram, Black Hanifah Alami Anxiety -“Patutnya Anak Melayu Kena Bangga Bukan Saling Menjatuhkan!”
Sekadar info, Black dan Adira Suhaimi turut berkolaborasi bersama menerusi lagu raya terbaharu mereka berjudul, Syawal Rindu.