Guna istilah ‘jakun’, Izara Aishah nafi hina suku kaum Orang Asli

Guna istilah ‘jakun’, Izara Aishah nafi hina suku kaum Orang Asli

Pelakon Izara Aishah jadi perhatian ramai gara-gara didakwa hina suku kaum Orang Asli dengan menggunakan perkataan jakun.

Enggan untuk membiarkan isu tersebut terus berlarutan, Izara atau nama lengkapnya Izara Aishah Hisham, 31, menafikan tuduhan tersebut dengan menegaskan istilah itu digunakan hanya untuk menunjukkan ekspresi terhadap sesuatu perkara.

Suku kaum Orang Asli

Suku kaum Orang Asli

Artikel lain: Baker terkilan baca komen netizen hina ibu di konten masak2 -“Dia mak saya!”

“Ayat digunakan tiada kena mengena (kutuk Orang Asli). Perkataan tersebut merupakan ekspresi.
“Beritahu saya sekiranya tidak boleh diguna pakai lagi kerana selama ini masih ramai lagi orang yang menggunakan perkataan tersebut untuk ekspresi dalam memberi pandangan.
“Ada orang kata ‘jakun’ berenti seronok dan bagi saya kedua-duanya sama maksud. Ramai yang tidak tahu, jadi sila kongsi,” katanya.

Aktres yang berusia 31 tahun itu menjelaskan isu tersebut selepas ada individu menganggapnya mengutuk suku kaum orang Asli kerana menggunakan perkataan jakun dalam sebuah hantarannya.

Malah, Izara turut dilihat bertikam lidah dengan pengguna laman X berhubung isu tersebut namun pada akhirnya, dia berlapang dada untuk menerima segala teguran berkaitan istilah itu.

Suku kaum Orang Asli

Terdahulu, Izara lantang menyuarakan pandangannya berkaitan tujuan kedatangan warga Palestin ke Malaysia hanya untuk dirawat.

Dari situlah bermulanya perbalahan dimana netizen mendakwa Izara bersikap rasis apabila dia meminta orang ramai supaya jangan membandingkan warga rohingnya dan Palestin.

Izara bertindak menggunakan perkataan jakun dalam salah satu hantarannya sehingga mengundang rasa kemarahan warganet.

Sumber: X @Izara Aishah

Scroll to Top