Guardian Malaysia ajak masyarakat utamakan kesihatan, kebahagiaan diri

Guardian Malaysia ajak masyarakat utamakan kesihatan, kebahagiaan diri

GUARDIAN Malaysia mengajak masyarakat di negara ini mengutamakan kesihatan dan kebahagiaan diri sambil meraikan semangat kebersamaan menerusi tema ‘Serlahkan Kebersamaanmu’ sempena Tahun Baharu Cina.

Pengarah Urusannya, Priscilla Wu berkata, pada Tahun Baharu Cina ini, kesejahteraan bukan hanya terletak pada rutin penjagaan diri, tetapi ia turut berkembang melalui kegembiraan dan hubungan yang bermakna.

Priscilla

Priscilla

Menurutnya, Guardian Malaysia akan terus membantu orang ramai mengecapi kesihatan dan kesejahteraan yang lebih baik.

“Kami akan terus berusaha untuk menawarkan produk kecantikan, kesejahteraan dan penjagaan diri terbaik.

“Namun, kami juga percaya bahawa kesejahteraan sejati bukan hanya melangkaui rutin harian, sebaliknya ia tentang kegembiraan, kekuatan serta ikatan yang terbina ketika bersama orang tersayang,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Mengulas lanjut, menurut Priscilla, Guardian Malaysia turut menawarkan pelbagai promosi dan aktiviti istimewa bagi membantu pengguna berpenampilan lebih menarik.

Tambahnya, pengguna perlu melayari platform media sosial mereka untuk menyertai perayaan dan memulakan pembelian produk Guardian.

Selain itu, pelanggan juga berpeluang menikmati promosi terhad untuk jenama dan produk terpilih di stor dengan diskaun sehingga 60 peratus merentasi pelbagai kategori.

“Antara yang menarik ialah tutorial dalam talian yang menampilkan trend gaya rambut dan kecantikan terkini, rutin penjagaan kulit, tips penjagaan gigi dan nasihat penjagaan diri selain peraduan menarik dengan hadiah-hadiah hebat.

“Terdapat juga promosi kesihatan dan makanan tambahan eksklusif bersama set hadiah istimewa yang telah dipilih susun serta senarai semak balik kampung yang praktikal untuk memastikan anda membawa pulang semua barangan keperluan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Priscilla berkata, bersempena Tahun Baharu Cina juga, mereka turut menyumbangkan produk penjagaan diri dan kesihatan bernilai RM8,000 kepada warga emas di Rumah Orang Tua En Yuan, Kampung Tunku, Petaling Jaya sebagai menyokong komuniti setempat.

Tambah beliau, Guardian Malaysia ingin mengajak orang ramai mencipta kenangan manis selain meraikan kegembiraan bersama orang tersayang.

“Pada Tahun Baharu Cina ini, Guardian Malaysia mengajak orang ramai untuk mencipta kenangan manis, meraikan kegembiraan dalam kebersamaan, serta mengutamakan perjalanan menuju kebahagiaan dan kepuasan.

“Kami percaya bahawa Tahun Baharu Cina akan sentiasa lebih bermakna apabila diraikan bersama orang tersayang. Raikan Tahun Baru Cina ini bersama kami dan mulakan tahun baharu dengan semangat dan penampilan terbaik,” katanya.

Scroll to Top