Google lancar Gemini 2.0

Google lancar Gemini 2.0

San Francisco: Google melancarkan Gemini 2.0, model kecerdasan buatan (AI) milik syarikat itu yang termaju setakat ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Google, Sundar Pichai berkata, model baharu itu menandakan era agenik baharu dalam pembangunan AI dengan itu direka untuk memahami dan membuat keputusan mengenai dunia di sekeliling.

“Gemini 2.0 adalah menjadikan maklumat lebih berguna.

“Keupayaan model yang dipertingkatkan untuk memahami konteks, memikirkan pelbagai langkah ke hadapan dan mengambil tindakan yang diawasi bagi pihak pengguna.

“Perkembangan itu membawa kami lebih dekat kepada visi kami sebagai pembantu sejagat,” katanya semasa mengumumkan perkara itu, semalam.

Pengeluaran model itu melonjakkan saham Google lebih daripada empat peratus di Wall Street, selepas sham itu sudah meningkat 3.5 peratus selepas keluaran cip kuantum terobosan sehari sebelum itu.

Gergasi teknologi mengambil langkah untuk mengeluarkan model AI yang lebih berkuasa walaupun kosnya besar dan beberapa persoalan mengenai kegunaan serta-merta kepada ekonomi yang lebih meluas.

Ejen AI, trend terkini Lembah Silikon, adaah pembantu digital yang sepatutnya merasakan persekitaran, membuat keputusan dan mengambil tindakan untuk mencapai matlamat tertentu.

Gergasi teknologi berjanji ejen akan menjadi peringkat seterusnya revolusi AI yang dicetuskan pelancaran ChatGPT 2022, yang membawa dunia dengan ribut.

Gemini 2.0 pada mulanya dilancarkan kepada pembangun dan penguji yang dipercayai, dengan rancangan untuk penyepaduan lebih meluas merentas produk Google, terutama dalam Carian dan platform Gemini.

Teknologi ini dikuasakan perkakasan TPU (Unit Pemprosesan Tensor) generasi keenam Google, Trillium yang kini disediakan syarikat itu secara umum kepada pelanggan.

Google menekankan, pemproses Trillium digunakan secara eksklusif untuk kedua-dua latihan dan menjalankan Gemini 2.0.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top