Gol kedua JDT menjejaskan keyakinan pemain Selangor

Gol kedua JDT menjejaskan keyakinan pemain Selangor

KUALA LUMPUR – Gol kedua pasukan Johor Darul Ta’azim (JDT) telah melereikan keyakinan pasukan Selangor FC sekaligus menggagalkan misi mereka menamatkan penantian tujuh tahun untuk digelar juara TM Piala Malaysia 2022 malam tadi.

Malah kekurangan pengalaman beraksi di pentas final kejohanan dan beberapa kesilapan pemain atas padang dilihat antara faktor memusnahkan harapan skuad the Red Giants bangkit melakar kemenangan.

Dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, skuad kendalian Tan Cheng Hoe dikecewakan 2-1 oleh Harimau Selatan.

Bergson da Silva dan Herlison Ferreira menjadi pemusnah impian the Red Giants untuk merangkul gelaran ke-34 pada edisi kali ini manakala gol tunggal Selangor hadir separuh masa pertama menerusi sepakan penalti Herlison Caion De Souza Ferreira.

Bercakap dalam sidang media selepas perlawanan akhir itu, Cheng Hoe tidak merendahkan anak buahnya menyatakan beliau berpuas hati dengan keseluruhan persembahan pasukannya.

Justeru, katanya, pada 30 minit separuh masa pertama anak buahnya beraksi dengan lebih berkeyakinan tinggi dan menguasai permainan.

“Jika kita lihat separuh masa pertama, mereka beraksi dengan penuh berintensiti tinggi tetapi kesilapan serta kurang berpengalaman berentap di pentas besar mendorong kepada kekalahan itu.

“Selain itu, kita juga mendapat beberapa peluang untuk menjaringkan gol awal pada 30 minit pertama namun gagal dimanfaatkan sepenuhnya walaupun berjaya mendahului pasukan pelawat pada minit ke-45 sebelum tamat separuh masa pertama.

“Namun, gol penyamaan serta gol kedua JDT pada minit ke-58 telah serba sedikit meruntuhkan moral dan menjejaskan keyakinan pemain mereka sebelum gagal menambah rentak permainan untuk menjuarai perlawanan tersebut,” katanya.

Justeru, beliau juga mengakui beraksi dengan pasukan terbaik seperti skuad JDT perlu lebih berhati-hati dan tidak boleh membolos gol sewenang-wenangnya jika hendak menjuarai sesuatu perlawanan.

“Justeru, pencapaian mara ke perlawanan akhir hanya dalam masa dua bulan selepas saya mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih pasukan ini sangat memberangsangkan dan saya dapat melihat peningkatan prestasi individu.

Reaksi Pemain Selangor Fc, Herlison Caion dalam perlawanan akhir Piala Malaysia antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 26 NOVEMBER 2022.

“Saya rasa mereka perlu meneruskan keyakinan dan prestasi berkenaan rata-rata pemain muda yang ada dalam pasukan ini mampu memberi cabaran terbaik pada musim akan datang,” ujarnya.

Beliau juga memaklumkan pasukannya perlu dipersiapkan dan lagi dengan latihan lebih berintensiti agar menambah keyakinan mengawal situasi, tenang dan fokus lebih pada masa akan datang.

Mengulas mengenai persiapan menghadapi liga domestik pada musim hadapan 2023, beliau akan berbincang pihak pengurusan tertinggi kelab untuk mencari kaedah memperbaiki dan meningkatkan prestasi persembahan pemain import. – MalaysiaGazette

Scroll to Top