Gigih salin nota, pemuda tetap ‘join’ kelas online ketika kerja buat ramai kagum

Gigih salin nota, pemuda tetap ‘join’ kelas online ketika kerja buat ramai kagum

Pembelajaran secara atas talian yang dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak beberapa bulan lepas memberi peluang kepada sesetengah pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk membuat kerja sambilan.

Namun, dalam fokus melakukan pekerjaan, jangan lupa untuk mengikuti kelas dan siapkan kerja berkumpulan.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok yang merakam rakannya yang juga rider FoodPanda mengikuti kelas online ketika sedang menanti pesanan pelanggan untuk dihantar.

@anak_ronaldo

😂

♬ Beggin’ – Måneskin

Kegigihan pelajar tersebut mendapat perhatian ramai lebih-lebih lagi video terbabit dimuat naik semula ke Twitter oleh satu akaun media sosial berkenaan.

Dapat dilihat yang pelajar tersebut gigih menyalin nota sambil mengikuti kelas yang sedang dibuat oleh pensyarahnya.

Usaha pelajar itu mendapat pujian daripada warganet kerana dia tetap mengikuti kelas walaupun sedang sibuk menjadi rider FoodPanda untuk menampung belanja harian.

Rata-rata warganet mendoakan agar pelajar tersebut terus dimurahkan rezeki dan setiap usaha yang dilakukan untuk belajar terus diberkati oleh Allah S.W.T.

Sumber: TikTok @anak_ronaldo, Twitter @FiqhTabayyun

 

Scroll to Top