Gergasi Merah digesa cipta sejarah baharu

Gergasi Merah digesa cipta sejarah baharu

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pengendali Selangor FC, Katsuhito Kinoshi mengingatkan barisan pemainnya agar berusaha meningkatkan prestasi dan bersedia melakar sejarah baharu buat kelab itu.

Katanya, beliau mahu pasukan memandang serius aksi kedua final Piala Cabaran menentang PDRM FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Kelana Jaya, Sabtu ini.

“Kita di sini untuk mencipta sejarah. Semua mahu bina sejarah dan bermain dengan cara kami. Sejarah juga membawa kami hingga ke tahap ini , semua ada sejarah.

“Sejarah ini bagi pasukan keyakinan, apabila adanya cabaran dan bagaimana untuk bangkit,” katanya.

Pada final pertama minggu lalu, Red Giants menang 3-2 ke atas PDRM FC.

Ditanya mengenai ketiadaan Safuwan Baharudin yang dilayangkan kad merah dalam aksi final sebelum ini.

“Dalam bola sepak apabila terima kad merah, kita tidak boleh buat apa dan tak ada yang boleh diubah kad merah itu.

“Tetapi sekarang pemain kena bangkit dan sebab itu kita kena lihat sejarah (kad merah yang dilayangkan ke atas Safwan), untuk berhati-hati (melakukan kesilapan),” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top