Sante Fe, New Mexico: Bintang veteran Hollywood, Gene Hackman, 95, dan isterinya, Betsy Arakawa, 63, ditemui meninggal dunia di kediaman mereka di Santa Fe, New Mexico, Amerika Syarikat.
Turut ditemui mati di situ ialah seekor anjing peliharaan mereka.
Sheriff Santa Fe County, Adan Mendoza dalam satu kenyataan mengesahkan kematian Hackman dan Arakawa, Rabu lalu di kediaman mereka di Sunset Trail.
Mendoza berkata, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah, namun beliau tidak memberikan sebab kematian dan menyatakan bila pasangan itu mungkin meninggal dunia.
Hackman yang sudah bergelar pelakon sejak enam dekad lalu pernah memenangi dua trofi Academy Awards, dua Bafta Awards, empat Golden Globe Awards dan Screen Actrors Guils Award.
Hackman cukup dikenali dengan watak Jimmy ‘Popeye’ Doyle dalam filem The French Connection pada 1971 yang membawa dia memenangi trofi Pelakon Lelaki Terbaik di Academy Awards.
Isterinya, Arakawa adalah pemain piano klasikal.
© New Straits Times Press (M) Bhd