Gempa bumi lemah dikesan di Ranau

Gempa bumi lemah dikesan di Ranau

am@hmetro.com.my

Kota Kinabalu: Satu gempa bumi lemah berukuran 2.9 skala Richter dikesan berlaku di Ranau pada jam 3.16 petang tadi.

Berdasarkan kenyataan dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MET Malaysia), gegaran dikesan berpusat di 6.0 darjah utara dan 116.6 darjah timur dengan kedalaman empat kilometer.

Lokasi gempa bumi itu, katanya terletak 11 kilometer barat dari Ranau.

“Gegaran dirasai di sekitar Ranau.

“Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini,” kata kenyataan itu.

MET Malaysia berkata, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia akibat gempa bumi itu.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Penolong Penguasa Bomba Ridwan Mohd Taib ketika dihubungi berkata, setakat ini tiada sebarang kejadian dikaitkan dengan kesan gempa bumi dilaporkan kepada jabatan itu.

“Setakat ini tiada aduan kerosakan struktur dilaporkan dan pasukan bomba turut menjalankan pemantauan,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top