Gempa bumi kuat melanda pantai timur Rusia

Gempa bumi kuat melanda pantai timur Rusia

MOSCOW – Gempa bumi berukuran 6.6 pada skala Richter melanda berhampiran pantai timur Kamchatka di timur jauh Rusia, menurut Pusat Seismologi Mediterranean Eropah (EMSC).

Gempa itu berlaku pada kedalaman 100 kilometer.

Gegaran dirasai di bandar Petropavlovsk-Kamchatsky sekitar jam 3.06 petang waktu tempatan (3.06 pagi GMT) pada Isnin.

Tiada amaran tsunami telah dikeluarkan oleh Sistem Amaran Tsunami Amerika Syarikat.

Sputnik News pula memetik Perkhidmatan geofizik Akademi Sains Rusia sebagai berkata, gempa bumi berukuran 6.9 itu melanda berhampiran Teluk Avacha di pantai tenggara Semenanjung Kamchatka. – MalaysiaGazette

Scroll to Top