Bangkok: Gempa bumi kuat dengan bermagnitud 7.7 melanda tengah Myanmar pada Jumaat, dengan gegaran dirasai hingga ke selatan di Thailand, menyebabkan penduduk di ibu kota Bangkok lari ke jalan raya apabila bangunan bergegar.
“Saya mendengarnya dan sedang tidur di rumah, saya berlari sejauh yang boleh dengan pakaian tidur saya keluar dari bangunan,” kata Duangjai, seorang penduduk di bandar pelancongan popular Chiang Mai, kepada AFP selepas gegaran dirasai di seluruh utara dan tengah Thailand.
Difahamkan, negara lain yang turut terkesan adalah Bangladesh, India, Laos dan China.
© New Straits Times Press (M) Bhd