Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai drama Bidaah memaparkan adegan tidak sopan pelakon Vanidah Imran dan Faizal Hussien sekaligus mengejutkan netizen.
Menerusi video yang dikongsikan semula oleh pengguna TikTok, dapat dilihat babak drama berkenaan dimana Vanidah mengucap janggut Faizal menggunakan kaki di atas katil.
BACA: Vanidah Imran Tumpang Gembira Bekas Suami Kahwin Lagi
@purestpixels Replying to @Sirap Susu u asked for it BidaahSeries
Seperti sudah dijangka, babak tersebut dikecam oleh netizen yang beranggapan tidak sesuai ditonton oleh umum ditambah pula ianya disiarkan di bulan Ramadan.
Tidak kurang juga, ada yang meminta agar babak berunsur lucah dihentikan kerana melihat banyak lakonan sedemikian dipaparkan di televisyen.
Malah, ada yang mempersoalkan adakah pengarah cerita di Malaysia seperti ketandungan idea lain dan disebabkan itu mereka tidak menonton cerita sekarang.