Selepas lama berdiam diri, suami kepada penyanyi Datuk Nora Arififn iaitu Dr Rushdi Ramli akhirnya tampil memberi penjelasan mengenai status perkahwinanya itu bersama Nora.
Menurut Rushdi, dia mengahwini Nora sebagai isteri kedua untuk membimbing anak-anaknya selepas pemergian suami, Johan Nawawi.
BACA: “Yang Kahwin Berpuluh Tahun Tak Ada Tayang Menayang” – Anak Tiri Nora Ariffin Tayang Foto Ibu Bapa
Malah, Rushdi mengakui pada awalnya dia meragui hasrat untuk memperisterikan Nora kerana bimbang akan ditolak namun dia tetap mencuba kerana niatnya ikhlas.
“Tidak pernah terlintas langsung dalam fikiran saya untuk mendekati beliau kerana kerjaya kami yang jauh berbeza. Namun, segalanya berubah selepas pemergian arwah Johan.
“Didorong oleh niat murni untuk menjaga, membimbing, mengajar ilmu dan menjaga anak-anak arwah yang masih di awal usia, disinilah timbulnya keinginan untuk meminang. Hanya Allah swt yang tahu niat saya dan semuanya adalah dengan kehendakNya jua,” katanya.
Rushdi berkata lagi dia tidak pernah merancang untuk berpoligami, namun dia akur dengan ketentuan takdir. Bagaimanapun, dia kesal apabila Nora menerima pelbagai gelaran tidak sepatutnya kerana bergelar isteri kedua.
“Dalam kehidupan poligami, gelaran seperti ‘penyondol’ dan ‘sundal’ sering dikaitkan dengan isteri-isteri. Sama ada isteri kedua, ketiga dan seterusnya.
“Ini adalah sesuatu yang amat menyedihkan dan wajar dihentikan kerana bertentangan dengan ajaran Islam. Ini juga berlaku kepada Nora yang turut menerima gelaran sedemikian. Di sini, tidak dapat dinafikan sayalah insan yang meminang Nora dan bukan sebaliknya,” katanya.
Dalam pada itu, Rushdi turut memuji penyanyi itu seorang isteri yang baik serta pandai menjaga aurat dan suka belajar untuk mencari ilmu.
“Nora insan yang suka belajar dan mencari ilmu. Sya akui bahawa dari sudut perwatakan dan perangai, Nora tidak ‘over react’ dalam segala hal terutamanya ketika di khalayak ramai.
“Dia menjaga tatasusila, sopan santun, dan sesuai dengan kedudukannya sebagai isteri seorang ustaz serta selebriti bergelar Datuk. Beliau seorang yang mudah mesra dan tidak sombong.
“Saya dapati beliau adalah isteri yang baik, dan saya bersyukur atas takdir yang telah ditentukan oleh Allah,” katanya.
SUMBER: Facebook Rushdi Ramli