Pihak polis mendedahkan motif pembunuhan Norshamira Zainal yang ditemui maut berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di Kuantan adalah kerana mahu menyamun.
BACA: Kes Bunuh Norshamira: Suspek Ada Rekod Jenayah Perjudian
Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan BusuĀ berkata, antara barang yang hilang adalah perhiasan termasuk gelang bernilai RM30,000 yang dipakai mangsa.
Gelang hadiah dari suami pada 2022

Lapor Kosmo!, suami kepada Norshamira iaitu Muhammad Afiq Akmal Nudin mendedahkan gelang emas yang dipakai oleh arwah merupakan hadiah istimewa daripadanya sebagai tanda kasih sayang.
Muhammad Afiq berkata, gelang itu dibelinya pada tahun 2022 dengan harga belasan ribu ringgit. Sejak dihadiahkan, isteri sentiasa memakai gelang itu sebagai tanda menghargai.
Mungkin sekarang harganya sudah naik berdasarkan harga emas semasa.
Tanda kenangan bersama arwah isteri
Muhammad Afiq berhasrat menyimpan gelang tersebut sebagai kenangan manis bersama arwah isterinya dan tidak bercadang untuk menjual atau memberikannya kepada sesiapa.
Terdahulu, suspek kes bunuh Norshamira sempat menggadai gelang emas di sebuah pajak gadai di Terengganu.
Susulan itu, polis telah menahan seorang pekerja kedai pajak gadai bagi membantu siasatan kes.
