GE2025: Parti politik mula perkenal calon

GE2025: Parti politik mula perkenal calon
Singapura pernah mengadakan GE2020 dengan protokol ketat ketika musim pandemik Covid-19. - Foto: AFP

Singapura pernah mengadakan GE2020 dengan protokol ketat ketika musim pandemik Covid-19. – Foto: AFP

SINGAPURA – Parti politik di Singapura telah mengumumkan senarai calon masing-masing yang akan bertanding di dua pertiga daripada 33 kawasan pilihan raya pada Pilihan Raya Umum (GE2025) pada 3 Mei depan.

Data itu diperoleh sehingga Sabtu, kira-kira lima hari sebelum Hari Penamaan Calon yang dijadualkan pada Rabu ini.

Parti pemerintah, Parti Tindakan Rakyat (PAP) secara rasmi mula memperkenalkan calon mereka sejak 12 April lalu dengan pasukan Perdana Menteri, Lawrence Wong di Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Marsiling-Yew Tee.

Secara keseluruhan, PAP sudah pun mengumumkan senarai calon untuk 18 kawasan pilihan raya terutamanya di bahagian barat dan tengah Singapura.

Ia juga memaklumkan barisan yang akan bersaing dengan parti pembangkang, Parti Pekerja (WP) di GRC Aljunied dan Sengkang serta Kawasan Undi Perseorangan (SMP) Hougang.

Dalam perkembangan berkaitan, nasihat bersama dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri (MHA), Agensi Keselamatan Siber Singapura (CSA), dan Jabatan Pilihan Raya (ELD) kepada calon supaya memeriksa maklumat yang diterima serta sentiasa berwaspada dengan ancaman campur tangan asing ketika berkempen. – Agensi

Scroll to Top