Garmin perkenal Fenix 8

Garmin perkenal Fenix 8

saufi@mediaprima.com.my

 

 

Pengeluar peranti boleh pakai terkemuka, Garmin Malaysia memperkenalkan jam pintar baharu mereka daripada generasi Fenix 8.

  Ia adalah peranti boleh pakai dengan sistem kedudukan global (GPS) terbina serta dilengkapi dengan mod kepelbagaian sukan.

  Perkakas ini menawarkan paparan pemuka AMOLED terang atau paparan pengecasan solar untuk hayat bateri yang lebih besar. 

  Memperkenalkan ciri latihan kekuatan lanjutan, keupayaan menyelam, pembesar suara dalaman dan mikrofon, Siri Fenix 8 direka untuk sesiapa sahaja yang ingin melampaui batas mereka. 

  Hayat bateri yang luar biasa, mudah untuk meneroka lebih banyak lagi model AMOLED dengan saiz pemuka 51mm menawarkan hayat bateri sehingga 29 hari dalam mod jam pintar manakala model solar 51mm dengan paparan sentiasa hidup menawarkan sehingga 48 hari.

  Penolong Pengurus Besar, Garmin Asia, Scoppen Lin berkata, ia adalah komitmen Garmin dalam menghasilkan peranti boleh pakai yang dilengkapi dengan ciri teknologi semasa.

  “Selama bertahun-tahun, barisan Fenix diraikan kerana ciri, bahan dan reka bentuk premiumnya dan sekarang, kami sangat teruja untuk memperkenalkan Fenix kami yang paling berkebolehan. 

  “Barisan terbaharu ini bukan sahaja menambah butiran reka bentuk baharu, peningkatan latihan khusus sukan dan alat komunikasi yang mudah, ia juga membolehkan pengguna memilih antara paparan AMOLED yang cantik atau pengecasan solar untuk hayat bateri yang lebih lama,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd