'Garis panduan jitu'

'Garis panduan jitu'

norhayati_nordin@hmetro.com.my

Perkembangan teknologi masa kini turut mendorong garis panduan hak cipta harus lebih menyeluruh apabila hasil penciptaan lagu turut menggunakan teknik janaan kecerdasan buatan atau AI.Malah, difahamkan juga pernah timbul perdebatan ramai yang mempersoal sama ada kehadiran pengaruh teknologi AI itu dalam industri muzik akan menggantikan pengkarya tulen?Justeru, untuk Garis Panduan Hak Cipta (Organisasi Pengurusan Kolektif 2025 atau CMO) yang diperkenalkan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dimaklumkan mempunyai tiga teras utama iaitu akauntabiliti, tatakelola baik dan ketelusan.Ketua Pengarah MyIPO, Kamal Kormin, berkata garis panduan hak cipta yang diaplikasikan terhadap industri muzik ketika ini turut mengambil kira pandangan daripada semua komponen sektor industri seni.”Dalam akta hak cipta yang masih kita (MyIPO) guna sekarang memang sudah digariskan dengan beberapa tatakelola yang baik menerusi garis panduan sudah ditetapkan.”Garis Panduan Hak Cipta ini kita perkenalkan juga dengan mengambil banyak pandangan merangkumi dari semua sektor industri, CMO, pengguna dan penyumbang.”Jadi, bila kita wujudkan Garis Panduan Hak Cipta ini mungkin dari sudut pandangan CMO ke arah mentadbir urus. Tapi, sebenarnya itu bukan objektif kita,” katanya ditemui pada Seminar Hak Cipta: Al Dalam Industri Muzik, baru-baru ini.Penganjuran seminar untuk ilmu dan pembelajaran itu berlangsung sempena sambutan Hari Harta Intelek Negara (HHIN) 2025 di Akademi Harta Intelek, Menara MylPO Petaling Jaya.Terdahulu, soal kebimbangan itu pernah disuarakan tiga organisasi CMO sebelum ini yang disifatkan Kamal sebagai langkah untuk menyelaras proses kutipan royalti dengan lebih baik.Selain Kamal, hadir sama pada acara seminar itu ialah Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal) MyIPO, Yusnieza Syarmila Yusoff dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) MyIPO, Sheikh Arifin Sheikh Mohd Noor.Kata Kamal lagi, Garis Panduan Hak Cipta (CMO 2025) itu turut dilengkapkan dengan beberapa program susulan untuk penggiat muzik lebih memahami kaedah kutipan royalti yang diguna pakai ketika ini.”Penetapan Garis Panduan ini dibuat supaya proses kutipan menjadi lebih telus, jelas dan difahami terutama kepada industri menerusi tujuan pertama yang dibuat kemudian disusuli dengan sesi advokasi ini.”Objektifnya supaya dapat menambah baik kaedah yang digunapakai itu dengan mengambil kira pandangan semua pihak,” ujarnya.Tiga CMO bertanggungjawab dalam urusan royalti ialah Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP), Public Performance Malaysia (PPM) dan Recording Performers Malaysia (RPM).Terdahulu, melalui kenyataan bersama dikeluarkan organisasi itu adalah merujuk kepada garis panduan yang tertera di laman web rasmi MyIPO pada 17 Januari lalu, sebelum disusuli kenyataan media Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali.Dalam kenyataan itu, MACP, PPM dan RPM meluahkan pendirian bahawa garis panduan itu dimuktamadkan tanpa konsultasi dengan mereka sewaktu sesi libat urus anjuran Bahagian Hak Cipta MyIPO pada 12 Mac lalu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top