Pelakon dan aktivis jalan raya, Lando Zawawi menyelar tindakan segelintir individu yang menyunting foto keluarganya dengan cara yang tidak sepatutnya.
Bagi Lando atau nama sebenarnya Azlan Sani Zawawi, perbuatan tersebut bukan sahaja kurang sopan tetapi juga melampaui batas.
Lando akan ambil tindakan undang-undang!
![lando](https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2025/02/ohmedia-screenshot-2025-02-06-at-5.19.37 pm-medium-edited.jpeg)
Menurut laporan mStar, Lando menegaskan bahawa beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya perkara ini masih berterusan.
Berhati-hati la ya, jangan sampai saya terpaksa ambil tindakan pula selepas ini sebab melibatkan keluarga saya pun ada. – Katanya
Lando ajak untuk bersemuka..
![lando](https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2025/02/ohmedia-image-49-600x600.png)
Beliau turut kesal apabila melihat gambar isteri dan anak-anaknya disunting dengan cara yang tidak wajar, malah wajahnya turut digunakan untuk tujuan yang tidak elok.
Saya mungkin tak terkesan, tapi saya risau dengan anak dan isteri saya. Kalau ada yang tak puas hati, boleh saja jumpa depan-depan, kita bincang. – Lando
#ApaKataOhmedia
Tindakan seperti ini jelas melampaui batas dan tidak menghormati privasi keluarga seseorang. Semoga pihak yang terlibat segera berhenti daripada melakukan perkara tidak bermoral ini sebelum dikenakan tindakan lebih tegas!
![“Gambar Anak & Isteri Aku Pun Di Edit” – Lando Zawawi Ajak Bersemuka Jika Tak Puas Hati! | Oh! Media “Gambar Anak & Isteri Aku Pun Di Edit” – Lando Zawawi Ajak Bersemuka Jika Tak Puas Hati! | Oh! Media](https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2025/02/ohmedia-copy-of-untitled-design-7-1000x600.jpg)