Gah di pawagam, Mat Kilau dikritik di Netflix

Gah di pawagam, Mat Kilau dikritik di Netflix

KUALA LUMPUR –  Selepas berjaya mencetus fenomena di pawagam dengan kutipan RM97 juta, filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ditayangkan pula secara eksklusif di Netflix sempena Hari Malaysia pada 16 September lalu.

Netflix menjadi medium baharu untuk penonton yang mahu mengulang tonton filem tersebut dan buat pertama kali bagi mereka yang tidak sempat menontonnya di pawagam.

Namun berlainan penerimaan penonton di di Netflix ketika ini kerana rata-rata penonton yang menontonnya buat kali pertama memberi respons negatif terhadap filem tersebut terutamanya dari segi bunyi, skrip dan kualiti sinematografi.

Menerusi komen-komen di media sosial, filem arahan Syamsul Yusof itu dilihat sebagai sebuah popcorn movie dan mereka berpendapat filem berkaitan sejarah sepatutnya lebih ‘serius’.

Tidak kurang juga ada yang memberi rating 3/10 sahaja untuk filem ini dan mereka menyifatkan ia sebuah filem yang biasa sahaja. Malah aksisi berlawan terlalu kuat, dialog pula asyik marah-marah dan penamat cerita pula macam tergantung,” komen seorang lagi pengguna Twitter.

Skrip yang diucapkan oleh para pelakon juga kedengaran seperti ‘ceramah’ dan ‘berpuisi’, menurut mereka.

Tetapi ada netizen yang memberi pandangan pihak produksi mungkin sudah cuba yang terbaik untuk bangkitkan feel zaman tersebut dalam bentuk dialog yang diucapkan para pelakon selain perbezaan medium antara pawagan dan televisyen di rumah.

Selepas dua bulan tayangan, filem epik sejarah tokoh kebebasan itu berjaya meraih kutipan sebanyak RM97 juta di Malaysia, Singapura dan Brunei yang menjadikan ianya filem tempatan dengan keuntungan yang tertinggi sepanjang zaman setakat ini. – MalaysiaGazette

Scroll to Top