FSY2024 Disifatkan Berjaya, Capai Objektif

FSY2024 Disifatkan Berjaya, Capai Objektif

PUTRAJAYA, 1 Oktober 2024 – Penganjuran Forum Serantau YAPEIM 2024 (FSY2024) disifatkan berjaya dan mencapai objektif selepas menghimpunkan kira-kira 60 penceramah dan ahli panel dari dalam dan luar negara dengan pelbagai latar belakang selama dua hari persidangan pada 1 dan 2 Oktober 2024.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas…

Penganjuran yang julung kali diadakan itu turut dirasmi oleh Timbalan Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof.

Timbalan Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof.

FSY2024 yang menarik kehadiran 500 peserta dari dalam dan luar negara itu menyaksikan pelbagai inisiatif terhasil menerusi perkongsian pelbagai idea terkini dan relevan daripada penceramah dan ahli panel berpengalaman antaranya dari Indonesia, Kemboja, Singapura, Thailand dan United Kingdom, selain dari Malaysia.

Dengan tema “Memperkasa Ekonomi MADANI Melalui Sinergi Rangkaian Serantau” antara perkara yang dikupas termasuklah memerangi kemiskinan tegar dan kesenjangan; kewangan Islam, teknologi kewangan atau fintech dan ekonomi bernilai tinggi; ekonomi hijau dan kelestarian; ekonomi digital; keusahawanan; belia, kemahiran dan pekerjaan; industri halal dan pelancongan Islam; dan memperkasa institusi dan agensi Islam.

FSY2024 mempunyai objektif untuk mengumpulkan pengamal serta pemikir dalam ekonomi dan kewangan Islam bagi mengenal pasti cabaran dan kehendak ekonomi dan kewangan semasa; merancang pelbagai pendekatan dan strategi yang berkesan untuk membantu kerajaan membangun ekonomi umat Islam; memperkasa sektor ketiga dalam usaha membangunkan ummah dengan lebih efisien dan tadbir urus yang baik dan untuk menghubungkan jaringan dan mengeratkan rantaian serta mewujudkan sinergi dan hubungan ekonomi antara ummah di rantau Nusantara.

Sementara itu, penceramah dan ahli panel yang dijemput mempunyai latar belakang dalam pelbagai bidang seperti pembuat dasar, pakar ekonomi, tokoh belia, penyelidik, pemimpin pelajar, usahawan sosial, pensyarah universiti awam dan swasta, wakil kementerian, ketua-ketua badan bukan kerajaan dan juga pengamal industri dalam sektor ekonomi dan kewangan Islam.

Latar Belakang Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) YAPEIM ialah sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Ditubuh pada 13 Oktober 1976 dan dilancarkan semula pada 1984, YAPEIM berperanan dalam mensejahterakan ummah dalam pembangunan ekonomi Islam,
memberi bantuan pendidikan kepada kumpulan sasar, menyedia program komuniti sama ada secara berpanjangan atau sekali (“one-off”) dan memberi sumbangan amal jariah kepada yang memerlukan

Scroll to Top