“Founder Lain Yang Support B40, Tapi Jemput T20” – Netizen Puji Rumah Terbuka Mua Bellaz | Oh! Media

“Founder Lain Yang Support B40, Tapi Jemput T20” – Netizen Puji Rumah Terbuka Mua Bellaz | Oh! Media

Baru-baru ini, usahawan dan influencer terkenal Mua Bellaz telah menganjurkan majlis rumah terbukanya bersama suami, Mat Nuart.

BACA: Lepas Bagi Bantuan Banjir, Kini Mua Bellaz Belanja ‘Rider’ Isi Minyak ‘Full Tank’

Difahamkan ribuan tetamu hadir terdiri daripada penduduk kampung dan penyokong setia Mua Bellaz selama ini.

Rumah terbuka Mua Bellaz rai penduduk kampung dan followers

Dalam satu hantaran, wanita ini meluahkan rasa syukur majlis tersebut berjalan dengan lancar dan tidak hujan.

@muabellaz

MASYALLAHTABARAKALLAH 🤲🏻 majlis rumah terbuka bellaz & Mat nuart Alhmdulilah semua berjalan dlm keadaan yg sgt baik ,Terima kasih mak doakan cuaca tak hujan mlm tdi 🤲🏻 ghisau takut hujan sian dkt tetamu nk mai mkn …sbb masa setup khemah cuaca hujan sgt lebat dan ribut ..Alhmdulilah Allah dgq doa mak kami yg xberhnti doa2 jgn hujan lg dan Allah permudhkan segalanya ya Allah 🤲🏻 TERIMA KASIH pada tetamu bellaz yg hadir ,bellaz buat dkt kwsan kampung bellaz bukan harini ja malah sblum2 ni mmg buat dkt kwsan kmpung ,supya penduduk kmpung bellaz ,followers yg kurang berkempuan mudah nk ke tmpat mjlis bellaz semalam …Terima kasih buat smua yg hadir lagi sekali family ,kwn2 ,jiran dan seluruh yg membantu majlis semalam vendor2 makanan hidangkan makanan panas2 buat tetamu ,team3 sy yg bnyk membantu ,Team abg chaq ,lilac wedding Terima kasihh xtau nk hbaq mcm mna lagi ,seronok boleh tgk org smua menjamu selera ,lebih kurang ada 22jnis maknan smalam Alhmdulilah ..insyallah ada rezeki tahun depan bellaz buat besaq lagi invite lebih ramai lagi Aminnn 🤲🏻 mintak maaf ada yg bellaz terlepas pndang jgn terasa tauu ,bellaz mungkin terlepas pandang sgt2 🙏🏻

♬ original sound – Hajjab__Girl

Bellaz juga menjelaskan dia memang membuat majlis di kawasan kampung sahaja untuk memudahkan penduduk setempat serta para pengikut yang kurang berkemampuan untuk hadir.

Alhamdulillah Allah dengar doa mak kami yang tak berhenti doa-doa jangan hujan lagi dan Allah permudahkan segalanya ya Allah.

Majlis tersebut tidak hanya meriah dengan kehadiran ramai tetamu termasuk ahli keluarga, rakan-rakan serta jiran tetangga tetapi juga disajikan lebih 22 jenis makanan panas-panas. Dah macam bazar Ramadan!

Netizen puji usaha Mua Bellaz

Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha Bellaz untuk meraikan penduduk kampung dan pengikut media sosialnya.

mua bellaz
mua bellaz
mua bellaz

Netizen berkata, Bellaz antara founder yang meraikan golongan B40 yang selama ini banyak menyokong perniagaannya.

Pssttt! Terharunya tengok orang kampung semua mai support rumah terbuka Bellaz. Dahlah makanan semua panas-panas dan sedap! Semoga murah rezeki berlipat kali ganda buat Bellaz dan keluarganya.

Kredit: TikTok Mua Bellaz
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Scroll to Top