Pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim mengejutkan ramai apabila sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Khalizah Alihan, semalam.
Memetik Sinar Harian, majlis pernikahan pasangan ini berlangsung di kampung halaman Fikry di Jitra, Kedah dan hanya dihadiri kaum keluarga serta rakan rapat di sebuah masjid.
BACA: Netizen Sebak Tengok Fikry Ibrahim Mekapkan Ibu, Bawa Pergi Bercuti
“Betul Fikry sudah bernikah hari ini. Dia ada menjemput tetapi saya tidak dapat hadir kerana tuntutan kerja.
“Apa yang saya tahu, isterinya, Khalizah merupakan bekas pramugari dan berasal dari Borneo. Isterinya juga pernah terbabit dalam dunia hiburan sebelum ini,” kata sumber yang enggan dikenali.
Semalam, tular gambar memaparkan Fikry bersama pasangannya diijabkabulkan di sebuah masjid.
Sementara itu, menerusi perkongsian di Instagram, Fikry ada memuat naik gambarnya bersama isteri dari belakang meluahkan rasa syukur serta mengucapkan terima kasih buat mereka yang mendoakan.
SUMBER: Sinar Harian