‘Fedtrip To Baazar’… Fedtri Yahya Berkongsi Rezeki, Borong & Santuni Peniaga Bazaar Ramadan

‘Fedtrip To Baazar’… Fedtri Yahya Berkongsi Rezeki, Borong & Santuni Peniaga Bazaar Ramadan

Suasana di Bazaar Ramadan Pantai Dalam tahun ini dimeriahkan dengan kehadiran pengacara Fedtri Yahya yang turun padang bagi menyantuni peniaga yang berdepan dengan cabaran kekurangan pelanggan.

Dalam usaha untuk menyebarkan semangat berbagi rezeki di bulan Ramadan, Fedtri mengunjungi empat gerai terpilih yang kurang mendapat sambutan, mendengar kisah para peniaga dan membeli keseluruhan juadah yang dijual sebagai tanda sokongan.

Lebih daripada sekadar membeli, Fedtri turut menghadiahkan Baju Raya tajaan kepada para peniaga sebagai simbol dorongan, selain memberikan duit raya kepada pengunjung bazar yang ditemuinya.

@tv3malaysia Sempena 10 malam terakhir Ramadan, jom ikut Fedtri Yahya dalam ‘Fedtrip To Bazaar’ untuk berkongsi rezeki dengan peniaga bazaar. Terima kasih kepada Camellia Empire kerana sudi menaja baju raya & duit raya untuk menjayakan siri ‘Fedtrip’ kalini! #IndahkanMemori ♬ original sound – TV3Malaysia

Hasil daripada respons netizen berkenaan bazaar yang kadangkala kurang mendapat sambutan serta pemerhatian di lokasi, empat gerai telah dikenal pasti untuk menerima bantuan ini.

Menerusi platform media sosial TV3 Malaysia Hari, detik-detik berharga sepanjang program ini telah dikongsi bagi meningkatkan kesedaran, memupuk semangat komuniti dan menggalakkan lebih ramai pihak untuk membantu mereka yang memerlukan.

Inisiatif ini berjaya mencetuskan inspirasi dan kegembiraan kepada peniaga yang mungkin sebelum ini merasa terpinggir, menjadikan Ramadan mereka lebih bermakna dengan semangat perpaduan dan kasih sayang sesama insan.

Scroll to Top