Anak kepada selebriti Fazura iaitu Nur Fatima Aisyah menjadi bualan ramai selepas berkata tak sayang daddy, iaitu aktor Fattah Amin namun tidak menjelaskan mengapa dia berkata demikian.
Menerusi satu hantaran di TikTok, syuhadaalis telah memuat naik satu tangkap layar memaparkan Fazura sedang bersiaran langsung di platform sama dan disertai Fatima.
Fatima kata dah tak sayang daddy
Pada video tersebut, Fazura telah membaca salah satu komen penonton siaran langsungnya yang bertanya mengapa Fatima menangis sebelum ini.
Fatima kemudian menjawab dia tidak mahu lagi bertemu dengan Fattah dan lebih memilukan, anak kecil itu turut berkata tidak lagi menyayangi bapanya.
“Saya tak nak daddy, saya dah tak sayang daddy lagi,” katanya sambil menggelengkan kepala.
Fazura kemudian bertanya mengapa anaknya berasa demikian diikuti pernyataan bahawa Fatima sentiasa menyayangi Fattah namun hanya disambut dengan gelenggan dari anak kecil itu dan perkataan ‘tidak’.
Artikel lain: Fazura titip nukilan buat anak -“Mommy tahu suatu hari nanti Fatima akan faham”
Aktres berusia 42 tahun itu menegur Fatima dan berkata dia tidak boleh berkata seperti itu sebelum menyambung kembali siaran langsungnya.
“Fatima tak boleh cakap macam tu,” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya yang kurang bersetuju dengan tindakan Fazura yang seakan-akan sengaja bertanya hal itu ketika sedang melakukan siaran langsung.
Fatima kata dah tak sayang daddy, kenapa tunjuk kat orang?
Dia dah tanya, pastu larang
Fazura sepatutnya tak tanya soalan tu
Kenapa tanya soalan macam tu kat anak?
Dia biar je anak cakap macam tu dalam live
Bagaimanapun, terdapat segelintir netizen yang masih menyokong aktres tersebut dan berkata itu jawapan dari Fatima dan bukannya ajaran Fazura.
Tak nampak pun Fazura hasut
Kenapa ramai yang salahkan Fazura?
Sekadar info, Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin melafazkan cerai talak satu terhadap Fazura pada 6 Oktober 2024 selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan oleh aktres itu.
Dalam pada itu, Fattah bersetuju memberikan hak penjagaan Fatima kepada Fazura dan dia diberikan hak sebanyak dua kali dalam sebulan untuk bermalam dan tiga kali seminggu bagi lawatan harian.
Sumber: TikTok syuhadaalis