Fazura Kesal Individu Wanita Tinggal Kenyataan Fitnah Melampau – “Ingat! Saya Tak Maafkan Awak Dunia Akhirat”

Fazura Kesal Individu Wanita Tinggal Kenyataan Fitnah Melampau – “Ingat! Saya Tak Maafkan Awak Dunia Akhirat”

Pelakon dan usahawan jelita, Fazura kesal selepas seorang pengguna media sosial meninggalkan komen berunsur kenyataan fitnah melampau terhadapnya.

Menerusi perkongsian di ruangan Instagram Story, wanita terbabit mendakwa aktres itu masih menyimpan dendam terhadap bekas suaminya, Fattah Amin.

Selain, dituduh sanggup menyaman aktor itu berkenaan isu kenderaan yang dibangkitkan sebelum ini.

Enggan berdiam diri, pelantun lagu Sayangi Dirimu itu tampil memberikan respons sekaligus mempersoalkan tindakan individu tersebut yang dilihat telah memadam komen yang ditinggalkan.

“Kenapa delete komen dik? Penat tulis panjang-panjang. Ada yang tak betul pula ke?

“Hidup masih panjang kan? Simpan kenangan setiap kata-kata awak pada saya untuk bekalan masa depan awak pula nanti.

“Ingat! Saya tak maafkan sepatah pun fitnah dan cercaan awak ni pada saya di dunia dan akhirat,” tulisnya.

Sebelum ini, Fattah menerusi sidang media majlis perasmian Usanita Entertainment yang diadakan baru-baru ini memaklumkan, ada menerima surat tuntutan (Letter Of Demand) daripada bekas isterinya, Nur Fazura berkenaan tuntutan kenderaan jenis, Range Rover.

Scroll to Top