Pelakon jelita Nur Fazura kembali menyorot perhatian ramai selepas berkongsi quotes mengenai kehidupan di laman sosial miliknya.
Menerusi hantaran yang dimuat naik, pelakon filem popular Pisau Cukur itu dilihat berkongsi beberapa petikan Islamik berkenaan kehidupan dan ujian yang dilalui manusia
“Bukan kerana kita kuat dan kebal dilukai tapi kerana kita tahu siapa yang menguji,” kongsinya.
Namun, apa yang mencuri perhatian adalah, perkongsian quotes yang dilihat seakan memberi gambaran bahawa seseorang itu tidak perlu berada di tempat yang sama di mana dia tidak diperlukan.
Sebelum ini, pelantun lagu Sayangi Dirimu itu seringkali dilihat berkongsi beberapa quotes yang berkait rapat dengan apa yang berlaku di dalam kehidupan menerusi platform media sosialnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Lebih Setahun ‘Menyepi’ Di Platform X, Fazura Respons Status Individu Wanita Kesal Suami Curang
ARTIKEL BERKAITAN:“Demi Maruah Sebagai Wanita & Kesejahteraan Fatima” – Fazura Nekad Mahu Bercerai
ARTIKEL BERKAITAN:Krisis Rumah Tangga Cetus Spekulasi, Fazura Kekal Kunci Mulut – “Doakan! Berdiam Diri Lebih Baik”
Terdahulu, nama Fazura kekal menjadi topik perbualan hangat selepas dia memfailkan perceraian terhadap suaminya, Fattah Amin pada 13 September lalu.
Bagaimanapun, keputusan mengenai kes cerai tersebut hanya akan diketahui pada 7 Oktober depan.
Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 3 tahun.