“Fazura Ibu Terbaik, Tak Sepatutnya Orang Komen Bukan-Bukan”

“Fazura Ibu Terbaik, Tak Sepatutnya Orang Komen Bukan-Bukan”

Pelakon Fattah Amin berkata Fazura sudah membesarkan anak mereka dengan cara terbaik berikutan ramai yang menyalahkan bekas isterinya itu selepas tular video anaknya, Nur Fatima membuat kenyataan tidak menyayangi bapanya.

Memetik Kosmo, Fattah menasihati netizen untuk tidak meninggalkan komen yang bukan-bukan kerana Fazura adalah ibu kepada anak mereka.

BACA: “Anak Merajuk Itu Normal, Kita Tak Boleh Jangka Apa Dia Cakap”

“Itu mummy Fatima, tak sepatutnya orang komen bukan-bukan tetapi saya anggap mereka tidak tahu. Faz sebenarnya sudah besarkan Fatima dengan cara terbaik. Saya sendiri percaya Faz dah menjalankan tanggungjawab sebagai mak Fatima dan saya pun sama,” katanya.

Sementara itu, Fattah turut menasihati orang ramai agar tidak bersangka buruk dan menjaga pertuturan dalam apa jua situasi.

“Jangan terlalu mudah buat andaian bukan-bukan dan sentiasa berfikiran positif. Cakaplah yang baik-baik kerana percakapan adalah satu doa dan fikir baik-baik,” katanya.

Terdahulu, Fattah berkata apa yang diluahkan oleh anaknya ketika itu juga adalah perkara diluar jangkaan apatah lagi Fatima baru saja berusia 4 tahun.

SUMBER: Kosmo


Scroll to Top