Fazura Akhirnya Muat Naik Perkongsian Terbaru Lepas Cerai Undang Perhatian Ramai | Oh! Media

Fazura Akhirnya Muat Naik Perkongsian Terbaru Lepas Cerai Undang Perhatian Ramai | Oh! Media

Sekian lama mendiamkan diri selepas sah bercerai, selebriti terkenal Nur Fazura akhirnya memuat naik perkembangan terkini di Instagram.

Menerusi hantaran tersebut, Fazura dilihat anggun berkaca mata dan memakai persalinan berona coklat serta hitam.

Bekas isteri kepada Fattah Amin ini menulis kapsyen ringkas iaitu ‘Embracing’ diikuti emoji dan hashtag ‘Alhamdulilah’.

fazura

Bersama hantaran itu, turut disertakan lagu dari Celine Dion bertajuk ‘A new day has come’. Di ruangan komen, para peminat memberikan kata-kata semangat buat Fazura.

fazura
fazura

Mereka tumpang gembira melihat Fazura bangkit kembali selepas melalui fasa kegagalan dalam rumahtangga.

Terdahulu, Nur Fazura dan Fattah Amin sah bercerai talak satu pada 6 Oktober selepas tujuh tahun hidup bersama.


Scroll to Top