bhnews@bh.com.my
Kuala Lumpur : Perkongsian pelakon, Fattah Amin mencetuskan tanda tanya apabila berkongsi tidak dapat bertemu anaknya, Nur Fatima Aisya, 4, yang kurang sihat.
Menerusi Instagram Story, Fattah dilihat berkongsi tangkap layar daripada akaun Instagram Fatima yang menunjukkan anak tunggalnya itu diberikan ubat.
“Dah berapa kali Daddy datang, tapi tak dapat jumpa Fatima. Kesian Fatima tak sihat. Mohon doakan Fatima,” tulis Fattah.
Terdahulu, Fattah dan Fazura mencapai kata sepakat berhubung hak penjagaan anak. Hak penjagaan diserahkan sepenuhnya kepada Fazura, manakala pelakon itu diberikan hak lawatan dan bermalam.
Fattah dibenarkan bermalam dua kali dan lawatan tiga kali seminggu.
Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya.
Namun, bercerai talak satu pada Oktober 2024.
© New Straits Times Press (M) Bhd