Fattah Amin Akui Keluarganya Rapat Dengan Wanita Ini

Fattah Amin Akui Keluarganya Rapat Dengan Wanita Ini

Sejak semalam, media sosial kecoh bila kelibat perunding perkahwinan terkenal muncul di majlis rumah terbuka Fattah Amin. Ramai yang mula berteka-teki kononnya ada berita besar yang bakal diumumkan.

Namun, Fattah tampil menjelaskan bahawa kehadiran tersebut tidak membawa sebarang pengumuman mengejut seperti yang disangka ramai.

Mereka adalah kenalan lama saya dan pengurus. Jadi sempena sambutan rumah terbuka ini saya jemput klien yang pernah atau sedang saya bekerjasama untuk hadir.- Katanya kepada Harian Metro.

Fattah turut menambah, selain rakan perniagaan, dia juga mengundang kenalan dan peminat untuk memeriahkan suasana majlis rumah terbuka itu.

Fattah Amin minta doa yang terbaik…

Apabila ditanya adakah sebarang majlis istimewa bakal berlangsung, Fattah hanya tersenyum dan memohon semua mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Walaupun tidak mengesahkan apa-apa secara langsung, jawapan Fattah tetap membuatkan peminat teruja dan terus berteka-teki tentang perkembangan hubungan peribadinya.

Akui hubungan keluarga dengan Amira Othman semakin akrab…

Dalam masa yang sama, Fattah turut mendedahkan bahawa hubungan keluarganya dengan keluarga penyanyi Amira Othman semakin rapat selepas beberapa perjumpaan.

Selepas beberapa majlis, keluarga kami sudah saling mengenali. Saya pun dah kenal keluarga Amira, begitu juga dengan dia. Rasanya tak salah sebab dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara dua keluarga.- Ujarnya.

Kenyataan ini sudah cukup membuatkan peminat masing-masing tak sabar menunggu kalau-kalau ada pengumuman besar bakal dibuat tidak lama lagi.

Pssttt! Kadang-kadang, hubungan yang dibina perlahan-lahan tanpa gembar-gembur lebih indah dan bermakna. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Fattah Amin dan Amira Othman, moga apa yang dirancang dipermudahkan.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Scroll to Top