Fathia Latiff tarik perhatian, buat trend TikTok – “Siapa lagi hot? I ke Ira Kazar?”

Fathia Latiff tarik perhatian, buat trend TikTok – “Siapa lagi hot? I ke Ira Kazar?”

Baru-baru ini, pelakon Fathia Latiff berkongsi sebuah video di aplikasi TikTok memaparkan dia melakukan ‘lip sync’ atau gerakan bibir mengikut lagu berjudul Cintamu Sepahit Topi Miring nyanyian Jogja Hip Hop Foundation.

Menurut laporan Xtra, pelakon berusia 36 tahun itu dilihat menarik dengan gaya manja sambil menggunakan lagu tersebut yang trending dalam kalangan pengguna media sosial.

Bagaimanapun, lebih menarik perhatian apabila Fathia menulis kapsyen dengan bertanya sama ada dia atau isteri kedua pengarah kontroversi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar lebih menawan hati.

“Siapa lagi hot? I ke Ira Kazar?,” tulisnya ringkas dalam video berdurasi 16 saat berkenaan.

Berdasarkan komen, segelintir netizen menyatakan pendapat masing-masing termasuk mengatakan bahawa pelakon drama Jesnita itu tidak patut membandingkan diri dengan sesiapa kerana mempunyai ‘class’ tersendiri.

Namun, Fathia atau nama penuhnya Nur Fathia Abdul Latiff dipercayai sekadar bergurau selain tiada niat bagi mempersendakan mana-mana pihak.

Terdahulu, nama Ira menjadi bualan hangat netizen apabila Syamsul mengakui sudah menikahinya di Thailand dengan berwalikan bapa wanita terbabit.

Sumber: Xtra (Aqilah Paharuzi), Instagram Fathia Latiff

Scroll to Top