Farid Kamil Kongsi Foto Warkah Istimewa Untuk Isteri Sempena Anniversary Ke-12, Diana Danielle Pula Muat Naik Video Bakar Surat

Farid Kamil Kongsi Foto Warkah Istimewa Untuk Isteri Sempena Anniversary Ke-12, Diana Danielle Pula Muat Naik Video Bakar Surat

Pelakon Farid Kamil memuat naik foto warkah khas yang ditulis olehnya untuk isteri, aktres Diana Danielle sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-12.

Warkah tersebut ditulis oleh Farid dan diberikan kepada Diana bersempena ulang tahun pernikahan mereka yang berlangsung pada 3 November 2012.

Farid berkongsi foto surat istimewa terbabit di Instagram bersama sekeping gambar ‘throwback’ dia menunaikan solat ketika majlis pernikahan mereka.

“Kepada-Mu ku berserah, kepada-Mu ku berlindung. Hanya Engkau Maha Mengetahui,” tulis Farid di ruangan kapsyen.

Selepas Farid memuat naik hantaran terbabit, Diana menerusi ruangan Instagram Story meluahkan isi hatinya.

“Jika dia memutuskan untuk melanjutkan proses penceraian ini, dia zalim. Saya telah menghabiskan masa setahun untuk mencuba berdamai dan memperbaiki keadaan.

“Kami telah berhadapan dengan saat-saat hampir berpecah berkali-kali. Jangan berpura-pura seolah-olah tiada “beban” dari bulan-bulan sebelumnya.

“Saya terus percaya dan berusaha, tetapi kini, jika dia tetap mahu mengikat saya sehingga saya rasa sesak, sampai ke proses hakam, tindakannya sangat kejam.

“Saya tidak mahu dipujuk, dan saya tidak mahu meneruskan perkahwinan ini. Niat saya sangat jelas dan tiada apa lagi yang saya inginkan kecuali untuk tidak lagi berada di bawah tanggungjawabnya. Lepaskan saya,” tulis Diana.

Aktres filem Magika turut berkongsi video surat yang dibakar.

“Surat penipuan tidak mempunyai tempat di hati saya,” tulisnya.

Terdahulu, Diana mengejutkan ramai pihak dan memuat naik hantaran di Instagram mengatakan dia nekad mahu bercerai dengan Farid.

Sebelum ini, Diana dan Farid pernah sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Ogos 2023.

Tidak lama kemudian, mereka kembali rujuk selepas sebulan bercerai.

Mereka berkahwin pada 3 November 2012 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Scroll to Top