Farid Kamil, Diana Danielle Masih Suami Isteri

Farid Kamil, Diana Danielle Masih Suami Isteri

Peguam syarie mewakili pelakon Diana Danielle iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir memberitahu mahkamah Farid Kamil dan Diana Danielle masih berstatus suami isteri selepas rujuk pada 31 Ogos 2023.

Memetik Sinar Harian,Hakim Syarie Abdul Fattah Kamarudin mengarahkan kedua-dua pihak mendapatkan perakuan sijil rujuk untuk melengkapkan dokumen sebelum prosiding perceraian pada 2 Disember depan.

Sementara itu, Akberdin berkata, sekiranya pihak defendan bersetuju untuk bercerai, Farid dan Diana tidak perlu melalui proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Sementara itu, Diana yang ditemui sebaik selesai prosiding enggan mengulas lanjut dan sempat bergurau dengan rakan media.

“Saya bukan gembira tetapi sebab kenal rakan media. Semua macam kawan-kawan jadi kita senyum-senyumlah.

“Ini bukan momen gembira untuk sesiapa sahaja, jangan salah faham,” katanya.

SUMBER: Sinar Harian


Scroll to Top