Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim, mencuri tumpuan hari ini sebagai salah seorang daripada 94 penerima Darjah dan Bintang Kebesaran sempena sambutan ulang tahun keputeraan ke-79 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Tanda penghargaan Sultan Selangor kepada Mickey
Pada istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Sultan Sharafuddin berkenan mengurniakan Faisal atau mesra dengan panggilan Mickey Darjah Kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S.) bersama 17 penerima yang lain.
Darjah kebesaran ini merupakan darjah kebesaran kelas keempat yang dianugerahkan oleh Sultan Selangor sebagai pengiktirafan kepada individu yang telah berkhidmat dan berjasa kepada baginda serta Kerajaan Negeri Selangor.
Darjah yang tidak membawa gelaran tetapi penghargaan tertinggi
Penerima darjah kebesaran ini tidak diberikan sebarang gelaran kehormat. Bilangan penerima A.I.S dihadkan kepada tidak lebih daripada 40 orang pada satu-satu masa, dengan jumlah maksimum keseluruhan sebanyak 700 orang.
Anugerah ini melambangkan penghargaan tertinggi daripada Sultan Selangor terhadap sumbangan individu dalam pelbagai bidang, termasuk perkhidmatan awam, pembangunan, sukan dan kebajikan yang memberi impak positif kepada masyarakat dan negeri Selangor.
#OhmediaNasihat
Tahniah Mickey! semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus menyumbang kepada kemajuan arena bola sepak negara.