TIADA pemain warisan baharu yang akan menyarung jersi Harimau Malaya menghadapi perlawanan pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal di Stadium Sultan Ibrahim bulan ini.
Ia disahkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi pengumuman 27 pemain yang akan menggalas tanggungjawab dalam misi penting menentang Nepal itu.
Sebelum ini, lapan pemain warisan dikaitkan menyertai Harimau Malaya dan salah seorang pemain itu dalam fasa akhir melengkapkan dokumen.
Dalam pada itu, pengurusan Harimau Malaya telah memanggil kembali pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim untuk kembali menyarung jersi pasukan kebangsaan.
Faisal sebelum ini menjadi antara tonggak utama dalam pasukan Harimau Malaya namun kecederaan akibat menjadi mangsa simbahan asid pada 5 Mei lalu menyaksikan dia terpaksa berehat panjang.
Pemain lincah itu turut berdepan cabaran untuk kembali ke prestasi terbaiknya dan hatrik yang dilakukan ketika menentang Kelantan Darul Naim FC dalam aksi Liga Super pada Ahad menyaksikan Faisal mula mendapat sentuhan seperti dahulu.
AKAN MENYUSUL