Fahmi Fadzil Perjelas Kenapa Harith Iskandar Hanya Dikompaun RM10k | Oh! Media

Fahmi Fadzil Perjelas Kenapa Harith Iskandar Hanya Dikompaun RM10k | Oh! Media

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menjelaskan bahawa kompaun RM250,000 yang dikenakan bukan kepada Era FM, tetapi kepada Maestra Broadcast Network Systems Sdn. Bhd. (MBNS).

MBNS dikompaun, bukan Era FM

era fm

Menurut laporan Kosmo,  Fahmi berkata yang MBNS bukan individu tapi adalah sebuah anak syarikat milik Astro yang mempunyai keuntungan besar.

Kompaun RM250,000 terhadap MBNS diberi izin oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) berpandukan kepada beberapa faktor, termasuk pindaan Akta 588 yang berkuat kuasa pada 11 Februari lalu.

Beliau turut menegaskan bahawa pindaan ini menyebabkan denda maksimum mahkamah meningkat kepada RM500,000.

Fahmi Fadzil perjelas Harith Iskander dan Cecelia Yap hanya dikompaun RM10,000

harith iskander

Harith Iskander dan Cecelia Yap sebelum ini hanya dikenakan kompaun RM10,000 setiap seorang atas kesalahan yang sama.

Jumlah itu dikatakan lebih rendah kerana mereka melakukan kesalahan sebelum 11 Februari, di mana denda maksimum ketika itu masih RM50,000.

Kes kompaun ini menjadi perhatian ramai selepas MCMC mengambil tindakan ke atas kandungan yang dimuat naik di akaun TikTok rasmi Era FM.

#ApaKataOhmedia

Berhati-hati dalam menghasilkan kandungan digital, terutama yang disiarkan kepada umum. Pastikan ia tidak melanggar undang-undang, lebih-lebih lagi selepas pindaan terbaru Akta Komunikasi dan Multimedia.


Scroll to Top