Fadhlina Sidek bangga dengan anak, raih keputusan cemerlang SPM 2024

Fadhlina Sidek bangga dengan anak, raih keputusan cemerlang SPM 2024

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 baru sahaja diumumkan pada hari ini dan berjaya merekodkan pencapaian terbaik sejak 2013, dengan mencatat Gred Purata Kebangsaan (GPK) 4.49 berbanding 4.60 pada 2023.

Anak Fadhlina Sidek raih keputusan cemerlang SPM2024

anak fadhlina sidek

Setiap ibu bapa tentu gembira melihat kejayaan anak-anak, sama seperti Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek yang meluangkan masa menemani anak perempuannya yang dikenali sebagai Sarah memngambil keputusan SPM di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang pada hari ini.

“Kerana kami sayang awak kami panjatkan doa buat kamu. Tahniah buat semua anak-anak yang mengambil keputusan pada hari ini, khusunya buat anakanda kesayangan kami, Sarah.
“Kesyukuran kami panjatkan kepada Allah SWT untuk nikmat ini. Pastinya kerana usaha Sarah yang sentiasa bersungguh-sungguh dalam pelajarannya.” kata Fadhlina menerusi Facebook hari ini.

anak fadhlina sidek

Ahli parlimen Nibong Tebal itu juga sempat memberi nasihat buat ibu bapa agar sentiasa mengucapkan tahniah kepada anak-anak sebagai tanda penghargaan buat mereka setelah bertungkus lumus berjuang bagi SPM yang lalu.

“Apa pun keputusan anak-anak kita pada hari ini, ucapkan tahniah dan bersyukur. Redha atas keputusan mereka kerana ia adalah usaha anak-anak kita mengikut daya dan kemampuan mereka. Teruskan memberi pedoman dan bimbingan agar mereka terus menyambung pendidikan mereka ke peringkat yang tertinggi,” katanya.

Sementara itu, beliau juga bersyukur dengan keputusan cemerlang yang diraih oleh Sarah dan memberi bayangan anaknya mungkin mengikuti jejak langkahnya menyambung pengajian dalam bidang undang-undang.

anak fadhlina sidek

“Untuk Sarah, tetima kasih atas keputusan cemerlang ini. Mama dan Baba pulangkan kepada Sarah untuk pilihan langkah selanjutnya. Nampak gaya jika tidak pengajian Islam atau syariah pastilah undang-undang macam mama dan baba juga.

“Terima kasih buat semua guru/asatizah yang mendidik Sarah. Begitu juga sahabat -sahabat karib Sarah yang sentiasa bersama Sarah dalam perjalanan ilmu ini. Begitu juga ahli keluarga kami yang sentiasa mendoakan Sarah,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, seramai 14,179 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 berjaya memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A, A- dalam semua mata pelajaran, meningkat berbanding 11,713 calon pada tahun 2023.

Scroll to Top