Everton tolak bidaan kedua Man United ke atas Branthwaite

Everton tolak bidaan kedua Man United ke atas Branthwaite

LONDON – Everton telah menolak bidaan kedua dari Manchester United untuk Jarred Branthwaite semalam sebaik sahaja kelab menerima tawaran itu.

Tawaran £45 juta yang ditambah £5 juta dianggap masih jauh dari harga yang mereka mahukan kerana Everton melihat Branthwaite sebagai pemain yang bernilai setaraf dengan Gvardiol dan pemain terkemuka yang lain.

Namun pakar perpindahan bola sepak, Fabrizio Romano, United dilaporkan enggan menyerah kalah dalam usaha untuk membawa masuk pertahanan muda itu ke Old Trafford.

Sebelum ini, Toffees dilaporkan telah meletakkan harga pemain tersebut dengan harga perpindahan sebanyak £65/£70 juta pound.

Mengikut kontrak, Branthwaite masih mempunyai kontrak dengan Everton sehingga 2027 namun pemain berusia 22 tahun itu dilaporkan benar-benar ingin meninggalkan Everton untuk menyertai Manchester United pada musim panas ini. – Agensi

Scroll to Top