PENGENDALI Everton, David Moyes yang masih meletakkan harapan untuk membawa masuk pemain baharu sebelum jendela perpindahan melabuhkan tirainya Selasa ini.
Begitupun Moyes mengakui itu bukanlah keutamaan The Toffees pada ketika ini selepas berdepan impak Peraturan Keuntungan dan Kelestarian (PSR).
Dengan khidmat jentera serangan, Beto yang masih tersedia, pengendali dari Scotland itu tidak menolak kemungkinan mempertaruhkan bek tengah, Michael Keane di depan jika tiada pilihan ketika turun menentang Leicester City.
“Walaupun dia bukan penyerang namun semua mengakui dia sentiasa melakukan aksi yang cukup baik
“Saya masih ingat sejak beberapa tahun lalu, dia bermain dengan sangat baik untuk Burnley sebelum datang ke sini.
“Dalam situasi sekarang kita akan cuba apa sahaja dan pasukan memerlukan semua pemain segera menyesuaikan diri selain fleksibel serta melihat segala kemungkinan di setiap sudut. Ini bukan pilihan pertama tetapi saya memerlukannya,” ujarnya.
Pada ketika ini Everton terpaksa menggunakan khidmat pemain dalam kelab itu bagi mengelak penyingkiran sekali lagi selepas kehilangan khidmat Orel Mangala, Dominic Calvert-Lewin yang diketepikan susulan kecederaan.
Selain itu, turut diketepikan khidmat Dwight McNeil dan Armando Broja ketika Moyes lebih berhati-hati tidak mahu kelab itu ditolak mata sekali lagi kerana melanggar PSR.
INFO
Peraturan Keuntungan dan Kelestarian (PSR) merupakan peraturan yang diperkenalkan untuk memastikan kelab-kelab liga bola sepak mengendalikan kewangan dengan cara sihat dan mampan.
Tujuan utama PSR adalah untuk mengelakkan kelab daripada berbelanja melebihi kemampuan yang boleh membawa kepada masalah hutang atau muflis.
PSR, kelab dikehendaki mematuhi had perbelanjaan ditetapkan berdasarkan pendapatan mereka termasuk mengawal perbelanjaan untuk pemindahan pemain, gaji, dan kos operasi lain.
Kelab yang melanggar peraturan ini boleh dikenakan penalti seperti denda, pengurangan mata, atau sekatan dalam penyertaan pertandingan.
PSR juga bertujuan untuk mempromosikan kelestarian jangka panjang dalam sukan, memastikan kelab-kelab dapat terus bersaing secara sihat tanpa mengorbankan kestabilan kewangan mereka.
Pendekatan ini bukan sahaja melindungi kelab tetapi juga menjaga integriti dan daya saing liga secara keseluruhan.
LIGA PERDANA INGGERIS
HARI INI
Nottingham Forest lwn Brighton
Newcastle United lwn Fulham
Everton lwn Leicester City
Ipswich Town lwn Southampton
Bournemouth lwn Liverpool
Wolves lwn Aston Villa