Everton sekat hajat Liverpool bawa keluar tiga mata

Everton sekat hajat Liverpool bawa keluar tiga mata
Everton sekat hajat Liverpool bawa keluar tiga mata

Tarkowski melakukan percubaan ke arah pintu gol Liverpool dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Goodison Park. Foto: Agensi.

HASRAT pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool untuk membawa pulang tiga mata dalam perlawanan Derbi Merseyside terakhir di Stadium Goodison Park tidak kesampaian apabila diikat Everton, 2-2 pada Khamis.

Keputusan seri itu bagaimanapun mengekalkan status pendahulu liga The Reds kendalian Arne Slot dengan tujuh mata ke atas pencabar terdekat Arsenal selepas mengharungi 24 perlawanan.

Everton bimbingan David Moyes pula meneruskan rentak cemerlang apabila menyisihkan diri dari zon penyingkiran untuk berada di tangga ke-15 dengan 27 mata.

Moyes baru sahaja kembali ke Goodison Park sebagai pengendali sebulan lalu, namun tiga kemenangan berturut-turut dalam liga merobek gawang The Reds hasil jaringan Beto minit ke-11.

Namun dua jaringan daripada pemain Argentina, Alexis Mac Allister (m-16) diikuti bintang Mesir, Mohamed Salah (m-73) memastikan Liverpool kembali dalam perlawanan tersebut.

Ketika Liverpool berkira-kira untuk memenangi derbi ke-120 kedua-dua pasukan itu, James Tarkowski muncul wira apabila meledak jaringan minit ke-102.

Liverpool selepas ini akan berdepan Wolverhampton Wanderers di Stadium Anfield manakala Everton bertandang ke Stadium Selhurst Park menentang Crystal Palace pada Ahad.

Scroll to Top